30 Ogos hari istimewa bt temanku, Husna Afiqah...namun kerana kelalaian ku memikirkan besday usna-merdeka-besday usna-merdeka-merdeka-besday usna-merdeka-besday usna...sehinggakan daku terlambat sehari, dah la wish tengahari lak tue
so semalam bersamaan 1 september daku berjaya menebus balik kesalahanku...hehehe..tiba2 di tesco ternampak kedai kek & mengesyorkan kepada nana... salamku bersambut tangan dihulur namun kek tetap tidak menampakkan batang lilinnya kerana kami terus ke MP selepas Nana menibai sehelai baju kurung moden untuk hari raya manakala ku hanya mampu melihat sehelai kebaya yang sangat cantik, namun ku lupakan sahaja mungkin duit itu lebih berharga untukku simpan demi sesuatu yang lebih ku sayangi berbanding sehelai kebaya yang pada bila2 sahaja ku boleh membelinya, sedangkan sesuatu itu tidak mungkin lagi ku temui iklan sementara kami kembali bergerak berbuka puasa di Soul Garden serta tanpa rancangan yg khusus cuba meyambut suprise party for Usna...nana membelikan perfume kedai badan & penutup berus gigi panda sebagai tanda ingatan bt usna manakala daku terfikir belikan sebuah buku yg ku rasakan sesuai utknya & sejambak bunga, malangnya kedai bunga telah ditutup terpaksa la aku mencari alternatif lain iaitu membelikan bunga kertas bersama Ferero Rocher...penat terpaksa mereka idea untuk mengelakkan kami ketahuan...bygkn kami membohongi utk ke bank sedangkan kami ke secret recipe & terus ke surau...akan belum berkumandang kami sudah berada di surau utk menunaikan kewajipan, calon menantu & isteri mithali...maafkan kami usna meninggalkanmu sendirian dimeja makan & terpaksa menyuruhmu ke surau bersendirian kerana giliran kami utk makan...hehe...tapi selepas makan kami bergerak ke pantai & dengan bantuan last minute dari juniorku, Zara dan rakan kek berjaya diseludup tanpa usna mengesyakinya...
Happy Birthday to you my bestie...thank for being my friend...hope you like that blueberry cheese cake...malam yang sungguh indah ditemani bintang yang bersinar, pastinya ku akan mengabadikan kenangan itu jauh dalam kamus hidupku, saat kita bertiga berkongsi cerita, membilang & mendengar fakta tentang bintang...terima kasih untuk kamu berdua...namun jauh disaat tertawa, riang terselit satu kesayuan yg ku cuba sorokkan...dan sehingga ku menulis rasa itu masih lagi terbenam sayu jauh pada dasar hati...maafkanku kerana ku tidak sempurna
