Malam ini teringin sekali berbicara, entah mengapa hati ini teringin meluahkan pendapat yg biasanya seringkali didiamkan & hanya mengiakan @ berpura-pura tidak melihat kata2 tersebut...Buat rakan sekelasku yang juga sudah diaanggap seperti adik, maaf kalau kata2 akak ada membuatkan kamu tersinggung...akak cuma kurang menyetujui cara kamu meluahkan kata2 tapi tidak sama sekali ingin membangkang apa yang kamu nyatakan kerana disebalik kata2 kamu terdapat kebenaran yang tidak boleh disangkal lg kerana banyak dalil2 turut mengiakannya...memang wanita itu lemah tapi cara kamu menyatakannya agak kasar untuk didengar, sebagai wanita akak terasa apabila dikatakan menyusahkan, sedangkan akak pasti setiap wanita ingin jadi yang terbaik buat mereka disekelilingnya...tapi wanita memang diciptakan untuk dilindungi oleh lelaki kerana mereka seorang yang lemah-lembut yang penuh dengan sifat keibuan yang tinggi...apa yang akak nyatakan pada kamu adalah nasihat akak agar kamu lebih menjaga dan berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata...seperti kita ketahui, kata-kata itu lebih tajam dari pisau...marilah sama-sama kita renungkan kearah kebaikan...semoga kita semua akan saling mengingati satu sama lain untuk kebaikan diri sendiri.
wahuallam
WANITA - dehearty
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
semoga bakal adamku adalah yang terbaik yg ditetapkan untukku, mampu membimbing, melayan karenahku dengan penuh kesabaran & keikhlasan...terima kasih kamu


